SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor garang semula

Rabu, 27 Januari 2010 09:42 Harian Metro

EMPAT hari selepas diaibkan dengan kekalahan besar, juara bertahan Liga Super, Selangor bangkit dengan membelasah Johor Pasir Gudang (PG), 6-0 untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu ketika pencabar terdekat, Terengganu tumbang di Paroi, malam tadi.

Di Stadium Shah Alam, pesta gol Selangor bermula dengan jaringan Amirul Hadi Zainal pada minit ke-5. Giliran Mohd Safee Sali meletakkan Selangor 2-0 pada m-32 dan dia sekali lagi menjarakkan kedudukan untuk jaringan ketiga pada m-42.

Kira-kira lapan minit perlawanan bersambung, Amirul Hadi sekali lagi menyumbat gol keempat Selangor dan m-86, pemain pertahanan, Razman Roslan turut tersenarai sebagai penjaring. Ketika perlawanan memasuki minit kecederaan, stadium kembali bergema pemain Johor PG menghadiahkan gol keenam Selangor, sekali gus memastikan skuad Gergasi Merah kekal di puncak dengan kelebihan empat mata.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required