SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor akur keputusan FAM

Rabu, 20 Oktober 2010 12:15 Utusan Malaysia

Sungguhpun terpaksa membayar jumlah denda yang lebih berbanding yang dikenakan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tetap akur dengan keputusan yang dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Selangor dikenakan denda berjumlah RM67,500 manakala Kelantan menanggung hukuman RM57,500 iaitu kurang RM10,000 daripada yang perlu dibayar oleh FAS.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya masih belum pasti sama ada mahu membuat rayuan bagi mengurangkan bayaran jumlah denda tersebut atau sebaliknya.

"Kita akan bincang perkara ini di peringkat persatuan terlebih dahulu berhubung rayuan itu nanti.

"Apa yang ingin saya katakan adalah FAS terima dengan keputusan itu dan pada masa akan datang kami akan pastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Jumlah denda kepada FAS itu merangkumi kos kerosakan dan tambahan RM10,000 kerana kawalan keselamatan yang tidak ketat sebagai tuan rumah.

Tindakan yang dikenakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM kepada dua persatuan bola sepak tersebut adalah susulan daripada kelakuan buruk para penyokong mereka ketika berlangsungnya perlawanan peringkat suku akhir di antara Selangor menentang Kelantan yang berkesudahan seri 0-0 di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober lalu.

Sementara itu, Hamidin berkata, FAS telah menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan terjamin, namun insiden yang berlaku sehingga mengakibatkan pergaduhan di antara kedua-dua penyokong sukar dikawal kerana jumlah mereka melebihi petugas keselamatan.

"Memang setiap masa apabila kita menjadi tuan rumah kita akan pastikan kawalan keselamatan yang cukup baik.

"Bagaimanapun dengan jumlah penyokong yang ramai tentu sukar bagi kami mengawal keadaan dan pergaduhan yang berlaku melibatkan penyokong yang berada di luar stadium," kata Hamidin.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required