SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Red Giants dapat semula tonik

Khamis, 28 Januari 2010 09:31 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

KEJAYAAN membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam malam kelmarin pastinya menjadi tonik terbaik buat pendahulu Liga Super, Selangor untuk turun bertemu Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar pada Sabtu ini.

Pengurus dan jurulatih Selangor, K. Devan berkata, kemenangan tersebut penting bagi memastikan anak-anak buahnya kembali mendapat keyakinan setelah dibelasah 0-4 oleh Terengganu di tempat lawan Sabtu lalu.

"Inilah persembahan Selangor yang sebenar. Aksi ketika bertemu Terengganu Sabtu lalu memang yang terburuk bagi kami sepanjang musim ini.

"Para pemain telah berusaha untuk membuktikan kepada diri mereka sendiri dan juga pasukan yang mereka mampu beraksi cemerlang serta membuktikan kualiti mereka.

"Harap kemenangan ke atas Johor ini dapat meningkatkan moral dan keyakinan mereka untuk aksi bertemu Perlis di tempat lawan pada Sabtu ini," kata Devan ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Selangor selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dan enam gol tersebut disumbangkan Amirulhadi Zainal (2), Safee Sali (2), Razman Roslan dan Safiq Rahim.

Selangor kini masih kekal berada di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata selepas enam perlawanan, berkelebihan empat mata mengatasi Terengganu yang tewas buat kali pertama kepada Negeri Sembilan (1-2) di Paroi malam kelmarin di tangga kedua.

Jelas Devan, dia bakal mendapat semula khidmat Farderin Kadir yang sudah pulih selepas tercedera ketika bertemu Kuala Lumpur 12 Januari lalu manakala supersub berbahaya, R. Surendren dijangka tidak sempat pulih menjelang Sabtu ini.

"Satu saja harapan saya iaitu agar para pemain Selangor tidak mengulangi kesilapan yang sama ketika bertemu Terengganu apabila mereka turun beraksi menentang Perlis di Kangar Sabtu ini," ujarnya.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required