SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Piala AFC: Gergasi Merah tumbang lagi

Khamis, 25 Mac 2010 10:38 Kosmo!

SELANGOR tewas 1-2 kepada Victory SC pada aksi ketiga Piala AFC 2010 di Stadium Nasional Male, Maldives malam tadi.

Lebih memburukkan keadaan, tiga pemain Selangor iaitu Nasriq Baharom, Amirulhadi Zainal dan Khairul Anuar Baharum telah dilayangkan kad merah pada perlawanan tersebut.

Mukhtar Naseer meletakkan Victory SC di hadapan pada minit ke-14 sebelum Amirulhadi menyamakan kedudukan buat Selangor pada minit ke-46.

Namun dua minit kemudian, Nasriq dilayangkan kad merah kerana mengasari Ibrahim Fazeel ketika Selangor mendapat sepakan sudut.

Pada minit ke-76, Safee Sali berjaya meledak gol kedua Selangor tetapi pengadil membatalkannya kerana ofsaid.

Sebaliknya, Victory SC pula memperoleh gol kemenangan dua minit kemudian menerusi pemain gantian, Hussain Niyaz Mohamed.

Malang terus menimpa Selangor apabila skuad Gergasi Merah itu terpaksa beraksi dengan lapan pemain pada 10 minit terakhir setelah Amirulhadi dan Khairul pula dilayangkan kada merah selang seminit.

Selangor wajib menang pada baki tiga perlawanan selepas ini iaitu bertemy Victory SC di Shah Alam (6 April), Binh Duong di Vietnam (21 April) dan Sriwijaya FC di Shah Alam (28 April) jika berhajat layak ke saingan kalah mati.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan F semalam, Sriwijaya FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Binh Duong di Stadium Jakabaring, Palembang.

Selepas tiga perlawanan, Sriwijaya berada di tangga teratas dengan tujuh mata diikuti Binh Duong (4), Victory SC (4) dan Selangor (1).

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required