SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Pandangan lebih luas

Isnin, 24 Mei 2010 11:47 Lokman Zainal Abidin (Harian Metro)

WALAUPUN ramai yang menganggap penggantungan enam perlawanan yang dikenakan ke atas ketua jurulatih Selangor, K Devan sebagai agak keterlaluan, pengendali itu berasakan ada rahmat yang tersembunyi di sebaliknya.

"Saya lebih selesa dan jarak pemandangan serta pemerhatian saya jauh lebih luas. Memang terasa perbezaannya apabila dibandingkan antara tempat duduk di tepi padang dengan duduk di tempat penonton biasa.

"Saya dapat meneliti corak permainan pemain saya dengan lebih baik dan saya lebih bebas untuk merancang sesuatu. Kalau saya di bangku simpanan bersama pemain, pandangan saya sedikit terhad.

"Saya dapat merumuskan secara lebih teliti apa juga perkara yang saya perhatikan daripada tempat duduk penonton. Ketika permainan berhenti rehat, saya boleh menyampaikan apa yang saya nampak kepada pemain saya di dalam bilik persalinan," kata Devan.

Ketika menentang KL PLus di Stadium Shah Alam malam kelmarin, Selangor menang 2-1 tetapi mereka sedikit tenggelam ketika babak pertama dan kedua-dua gol skuad Gergasi Merah itu hanya hadir pada babak kedua - selepas Devan menemui pemainnya di bilik persalinan.

Devan serta Hardi Jaafar dijatuhkan hukuman gantung enam perlawanan serta denda RM6,000 setiap seorang manakala Safee Sali dan Razman Roslan pula digantung empat perlawanan serta denda RM2,000 oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), minggu lalu.

Semuanya gara-gara kekecohan yang berlaku ketika saingan Piala FA menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 3 April lalu.

"Saya cuma tidak dibenarkan berada bersama pemain ketika perlawanan berlangsung. Itu saja. Saya bebas untuk menemui mereka sebelum, ketika permainan rehat dan selepas perlawanan. Saya tidak ada masalah dengan itu semua.

"Latihan tetap berjalan seperti biasa dan saya mengingatkan pemain mengenai tanggungjawab mereka seperti biasa. Semua perancangan sudah di buat lebih awal dan kami di Selangor tidak menunggu hingga saat akhir untuk merancangkan sesuatu.

"Hukuman yang dikenakan ke atas saya, Hardi, Safee dan Razman langsung tidak menjejaskan persembahan Selangor. Semangat, moral, serta keinginan mereka untuk menang adalah sama seperti sebelum ini.

"Saya pernah berkata bahawa semua pemain Selangor tidak kira kesebelasan utama atau simpanan, mempunyai taraf yang hampir serupa dan pertemuan menentang KL Plus adalah bukti kata-kata saya sebelum ini.

"Saya bangga dengan persembahan pemain seperti Kit Kong (Liew), Farderin (Kadir) serta Amri (Yahyah) yang semakin baik dari sehari ke sehari. Mereka cukup matang dan saya berharap aksi sebegitu akan berterusan hingga tamat musim ini," katanya.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required