SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Kuartet Selangor dibawa ke Bangkok

Khamis, 25 Mac 2010 10:37 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

EMPAT pemain Selangor yang kini berada di Maldives tetap akan disenaraikan dalam skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan menentang kelab Thailand, BEC Tero Sasana di Bangkok, Sabtu ini.

Mereka ialah Safiq Rahim, Bunyamin Umar, Nasriq Baharom dan Asraruddin Putra Omar.

Menurut jurulatih, K. Rajagobal, keempat-empat pemain itu akan tiba di Kuala Lumpur pagi esok dan terus terbang ke Bangkok bagi menyertai pasukan.

"Mereka akan bersama skuad kebangsaan untuk perlawanan menentang BEC Tero Sasana. Tiada masalah kerana mereka sempat untuk pulang dan bersama dengan kita.

"Mungkin saya akan bawa dalam 20 orang pemain saja ke Bangkok bagi perlawanan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Safiq, Bunyamin, Nasriq dan Asraruddin berada di Maldives kerana beraksi bersama Selangor menentang Victory SC untuk perlawanan Piala AFC 2010 semalam dan skuad Selangor hanya akan berlepas pulang ke tanah air malam ini.

Berikutan itu, hanya 21 daripada 27 pelatih yang disenaraikan Rajagobal telah turun menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak Isnin lalu.

Dua pemain tidak dapat menyertai latihan iaitu Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur) dan Faizal Abu Bakar (Kedah) kerana mengalami kecederaan pangkal paha ketika beraksi dalam saingan Liga Super.

Safiq, Nasriq dan Asraruddin merupakan tonggak skuad negara ketika merangkul pingat emas Sukan SEA di Laos Disember lalu manakala Bunyamin kembali disenaraikan setelah pulih daripada kecederaan lutut.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required