SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

KL hampir kejutkan Selangor

Rabu, 19 Mei 2010 10:59 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

KUALA LUMPUR dua kali berjaya menyamakan kedudukan tetapi akhirnya tewas 2-4 kepada pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Dua jaringan Amri Yahyah serta satu gol daripada Liew Kit Kong dan Safiq Rahim sudah cukup buat Selangor untuk terus memimpin carta liga dengan kelebihan enam mata mengatasi Kelantan.

Perlawanan agak istimewa kerana ia dikendalikan pengadil negara yang bakal bertugas di Piala Dunia 2010, Subkhiddin Salleh bersama dua pembantunya, Mu Yuxin (China) dan Jeggrey Goh Gek Pheng (Singapura).

Selangor mendahului 1-0 seawal minit kelapan menerusi tandukan Kit Kong yang menyambut sepakan percuma Hardi Jaafar untuk menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.

Kuala Lumpur pula memiliki peluang terbaik pada masa kecederaan separuh masa pertama tetapi rembatan Badrul Hisyam Azmi yang hanya berdepan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad sekadar menggegar jaring tepi.

Baru seminit babak kedua bersambung, Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas percubaan jarak jauh Raimi Mohd. Nor telah memerangkap Hamsani.

Gol kedua Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-65 menerusi Amri, namun Kuala Lumpur menyamakan kedudukan 2-2 seminit kemudian hasil sepakan penalti Raimi setelah bola terkena tangan Nasriq Baharom.

Selangor bagaimanapun memperolehi gol ketiga menerusi Amri (73) sebelum Safiq menambah gol keempat pada masa kecederaan.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required