SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Khalid perkuatkan skuad Selangor

Isnin, 01 November 2010 12:48 Kosmo!

BEKAS penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus bakal kembali menyarung jersi Selangor. Namun, ia bukan untuk saingan Liga Super 2011 tetapi bagi membawa cabaran Selangor pada saingan Piala Emas Raja-Raja 2010 yang akan bermula Jumaat ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS), Mohd. Firdaus Mohamed berkata, selain Khalid, skuad Selangor turut akan diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain Liga Super Selangor dan seorang pemain skuad Liga Perdana Felda United.

"Pihak kami telah pun mendapat kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang bersetuju melepaskan empat pemain mereka untuk beraksi bersama pasukan ini iaitu Khairul Anuar Baharum, Hardi Jaafar, Rudie Ramli dan Razman Roslan.

"Selain itu kami juga mendapat seorang pemain dari Felda United iaitu Ashadi Yusof serta akan diperkuat dengan kehadiran enam pemain skuad Piala Presiden Selangor," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kelibat Khalid pasti dinanti-nantikan selepas pemain berusia 33 tahun itu berehat panjang akibat digugurkan pasukan ATM pada awal musim ini atas alasan masalah disiplin.

Menurut Firdaus, Selangor yang diundi dalam Kumpulan C akan bertemu naib juara musim lalu, Kedah pada perlawanan pertama Jumaat ini diikuti bertemu Perak (Sabtu) dan Melaka pada Ahad.

"Ketiga-tiga perlawanan Kumpulan C ini akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh. Biarpun pada musim lalu Selangor terkandas pada peringkat kumpulan, berdasarkan pemain yang ada musim ini, kami yakin dapat muncul sebagai juara.

"Ketika ini pasukan Selangor di bawah kendalian jurulatih Azhar Sharif sedang giat menjalani latihan di padang Kelab Aman, Ampang," jelasnya.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required