SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Hamsani terpaksa berehat dua minggu

Khamis, 15 April 2010 11:11 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

PENJAGA gol utama Selangor, Hamsani Ahmad terpaksa menunggu dua minggu lagi untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan retak pergelangan kaki.

Hamsani, 34, pasti tidak dapat diturunkan apabila Selangor menentang bekas pasukannya, Perak pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam esok.

Menurut Hamsani, dia telah menjalani pemeriksaan susulan semalam sebelum doktor memintanya supaya berehat selama dua minggu lagi sebelum dibenarkan beraksi semula.

"Kalau boleh memang saya sudah tidak sabar untuk turun beraksi. Saya memang sangat kecewa kerana gagal membantu Selangor pada kedua-dua aksi separuh akhir Piala FA.

"Kini saya sudah terlepas peluang berdepan bekas pasukan (Perak). Memang terkilan rasanya tetapi saya perlu akur dengan nasihat doktor," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hamsani mengalami kecederaan tersebut ketika sesi latihan pada 29 Mac lalu, sehari sebelum aksi separuh masa pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam.

Namun Hamsani tetap berkeyakinan bahawa penjaga gol kedua Selangor, Iqbal SUhaimi, 26, mampu menggalas tugas menjaga gawang Selangor dengan baik sepanjang ketiadaannya.

"Iqbal seorang penjaga gol yang bagus. Kita boleh nampak peningkatannya ketika bertemu Negeri Sembilan di Paroi dan Victory SC di Shah Alam.

"Saya rasa Iqbal tidak berdepan masalah besar kerana mungkin dia hanya kekurangan aksi tetapi jelas dia menggunakan segala pengalaman yang ada.

"Kepada rakan-rakan sepasukan yang lain juga, saya harap mereka dapat berikan yang terbaik untuk menewaskan Perak," ujarnya.

Hamsani yang akan terlepas tiga perlawanan bertemu Perak, Binh Duong FC (21 April) dan T-Team (24 April) dijangka akan dapat diturunkan ketika Selangor bertemu Sriwijaya FC di Shah Alam, 28 April depan.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required