SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Gergasi luka belasah Johor

Rabu, 27 Januari 2010 10:45 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

IBARAT gergasi terluka, Selangor pantas melupakan igauan ngeri tewas kepada Terengganu Sabtu lalu dengan membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam malam tadi, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Kemenangan tersebut cukup penting bagi memastikan Selangor kekal menghuni tangga teratas Liga Super dengan 15 mata selepas berakhirnya enam perlawanan.

Pemain Johor turun dengan memakai lilitan putih di lengan kiri manakala pegawai pasukan di bangku simpanan memakai songkok tanda berkabung selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Jumaat lalu.

Anak-anak buah K. Devan pula turun penuh bersemangat sebagai menghargai kira-kira 5,000 penyokong mereka yang masih setia hadir ke stadium apabila selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Selangor hanya memerlukan lima minit untuk memperolehi gol pertama apabila Amirulhadi Zainal bijak melambung bola melepasi penjaga gol Johor, Amron Jaihan selepas menerima hantaran Nasriq Baharom.

Johor memiliki peluang menyamakan kedudukan pada minit ke-25 apabila kesilapan Razman Roslan dihukum Fahian Roslan tetapi percubaannya terkena tiang selepas melepasi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Pada minit ke-31, Selangor berjaya memperoleh gol kedua selepas percubaan kemas Safee dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Amron. Sebelas minit kemudian Safee sekali lagi cemerlang dengan menjaringkan gol ketiga Selangor menerusi rembatan kaki kiri menarik dari luar kotak penalti selepas menerima lorongan Amirulhadi.

Pada separuh masa kedua, Selangor langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap Johor apabila menambah gol keempat pada minit ke-52 menerusi rembatan Razman dari dalam kotak penalti.

Amirulhadi menghadiahkan gol kelima Selangor dan gol kedua peribadinya pada minit ke-84 sebelum Safiq Rahim menjaringkan gol keenam selepas sepakan percumanya terus menerjah jaring empat minit kemudian.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required