SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Devan: Tolong hormati PKNS

Selasa, 16 Februari 2010 14:15 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

PENDAHULU Liga Super, Selangor diingatkan supaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan di tangga kedua Liga Perdana, PKNS apabila mereka membuat perhitungan pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Pengurus dan jurulatih Selangor, K. Devan berkata, anak-anak buahnya perlu menampilkan prestasi sebenar pada kedua-dua perlawanan timbal balik ini supaya mereka berjaya melangkah ke suku akhir bertemu sama ada Felda United atau Pos Malaysia.

"Berdasarkan kualiti pemain kita, menang di atas kertas boleh dikatakan tiada masalah untuk menang.

"Tapi pada aksi sebenar di atas padang, kita tak boleh leka dan terlalu yakin kerana dalam bola sepak macam-macam boleh jadi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Devan juga lega kerana skuadnya kini bebas daripada sebarang kecederaan dan semua 23 pemainnya cergas dan bersedia untuk beraksi.

Keadaan ini menimbulkan masalah kepadanya untuk menentukan kesebelasan utama serta senarai 18 pemain bagi aksi malam ini.

Menurutnya, semua pemain berada pada tahap terbaik, malah sentiasa bersaing sesama sendiri untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

"Tapi saya risau kerana pemain kita sering leka setiap kali berdepan pasukan daripada Liga Perdana. Jangan sesekali ikut rentak pasukan lawan. Sebagai pemain profesional mereka sepatutnya memandang semua perlawanan itu penting.

"Saya pasti PKNS juga memiliki kelebihan kerana mereka memiliki motivasi tinggi ekoran pencapaian cemerlang dalam saingan Liga Perdana ketika ini," jelas Devan.

Namun kelebihan pasti berpihak kepada Selangor.

Selain memegang status sebagai juara bertahan Piala FA, mereka turut mempunyai tempoh rehat yang lama selepas kali terakhir turun beraksi ketika terikat 1-1 dengan Perlis di Kangar pada 30 Januari lalu.

Selangor akan bertandang ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada aksi kedua Sabtu ini sebelum memulakan kempen Piala AFC 2010 menentang kelab Vietnam, Binh Duong FC di Stadium Shah Alam Selasa depan disusuli aksi Liga Super bertemu Pulau Punang di tempat lawan pada 27 Februari.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required