SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Devan tarik nafas lega

Khamis, 25 Februari 2010 11:59 Alias Abd Rani (Harian Metro)

Di sebalik kekecewaan selepas gagal mencatat kemenangan pertama pada aksi pembukaan Piala AFC 2010 peringkat Kumpulan F kelmarin, jurulatih Selangor K Devan sempat melemparkan senyuman sebaik perlawanan itu tamat.

Senyuman itu sebenarnya menggambarkan beliau turut menumpang kegembiraan kerana skuad bimbingannya tidak tewas di laman sendiri selain mendapat tahu dua lagi lawan dalam kumpulan sama, Victory SC dari Maldives dan Sriwijaya dari Indonesia turut seri tanpa jaringan.

Berita yang hadir sejam setengah sebelum perlawanan membabitkan Selangor dan Becamex Binh Duong itu berakhir, sekali gus meletakkan saingan bagi kumpulan berkenaan masih terbuka.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan corak permainan dipamerkan meskipun kami kehilangan dua mata. Semua perlu sedar, Selangor dibarisi pemain tempatan manakala mereka (Becamex) ada pemain import.

"Jadi keputusan ini membuktikan pemain saya berkemampuan untuk menafikan kemenangan pertama kelab dari Vietnam itu. Jadi, kami perlu bekerja lebih keras selepas ini terutamanya ketika beraksi di tempat lawan," katanya.

Perlawanan berikutnya, Selangor berdepan Sriwijaya di tempat lawan sementara Becamex melayan kunjungan Victory SC pertengahan bulan depan.

Sebelum itu, Selangor bakal mengharungi perlawanan tunggal Liga Super menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan, Sabtu ini.

Dalam pada itu, Devan turut menjelaskan beliau tidak menjangkakan penyerangnya, Liew Kit Kong beraksi di bawah tahap sebenar sehingga diejek peminat ketika dia dikeluarkan pada babak kedua.

"Dia (Kit Kong) sebelum ini beraksi dengan baik tapi pada perlawanan itu, saya tidak menjangkakan dia mengalami keadaan seperti itu," katanya.

Sementara itu, kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah berkata, dia gembira kerana rakan sepasukan dapat memberi tentangan sengit sepanjang tempoh perlawanan.

"Saya melihat ada kerjasama dalam pasukan walaupun kita gagal menjaringkan gol. Prestasi pasukan sekarang ini membanggakan dan kalau boleh kita perbaiki ke tahap lebih baik untuk perlawanan akan datang," katanya.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required