SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Devan tak gusar pengganti Amri

Rabu, 14 April 2010 11:20 Kosmo!

KETIADAAN kapten Selangor, Amri Yahyah untuk tempoh sebulan akibat kecederaan bakal membuka peluang buat dua pemain penyerang, Rudie Ramli dan R. Surendren membuktikan kemampuan masing-masing.

Amri, 29, yang musim ini sering diberi peranan pembantu kepada penyerang tunggal, Safee Sali mengalami kecederaan teruk berhampiran lutut kirinya setelah terkena serpihan pasu kristal yang pecah ketika menyelamatkan anaknya kelmarin.

Pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan berkata, beliau mungkin akan mengu- bah posisi permainan pasukannya berikutan ketiadaan Amri.

"Kita kehilangan kapten tetapi masih mempunyai ramai pemain untuk menggantikan tempatnya. Saya mungkin akan menggunakan semula sistem dua penyerang sama ada gandingan Safee-Rudie atau Safee-Surendren.

"Rudie saya lihat mempamerkan aksi yang baik dan menjaringkan gol ketika kita membelasah Victory SC 5-0 manakala Surendren baru pulih dan masih mencari rentak," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dengan ketiadaan Amri, tugas kapten bakal diberikan kepada dua lagi pemain senior sama ada P. Gunalan atau D. Surendran.

Devan turut memberitahu, khidmat Farde- rin Kadir, 23, yang sebelum ini dibelenggu masalah kecederaan juga sudah boleh digunakan ketika mereka mempunyai empat perlawanan penting sepanjang bulan ini.

"Bagi saya, kedua-dua aksi Liga Super dan Piala AFC sepanjang bulan ini cukup penting. Bertemu Perak pada Jumaat ini, kami perlu mengutip tiga mata penuh supaya kekal berada di tangga teratas Liga Super.

"Kemudian kami menentang Binh Duong FC pula di Vietnam pada Rabu. Perlu menang juga untuk menghidupkan peluang ke pusi- ngan kalah mati. Jadi kami akan fokus dari satu perlawanan ke perlawanan lain," jelasnya.

Selepas itu, Selangor akan beraksi dalam dua perlawanan di tempat sendiri iaitu bertemu T-Team (24 April) dan Sriwijaya FC (28 April).

Selain Amri, Razman Roslan juga tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Perak, Jumaat ini kerana menjalani penggantungan perlawanan.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required