SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Devan dalam perhatian Lembaga Disiplin FAM

Khamis, 08 April 2010 12:10 Lokman Zainal Abidin (Harian Metro)

SUDAHLAH salah satu gelaran yang ingin dipertahankan terlepas begitu saja, kini ketua pengendali skuad Selangor, K Devan terpaksa memikirkan apakah jawapan terbaik yang perlu dikemukakan andai dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nanti.

Ketika pertemuan kedua separuh akhir Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu, beliau membantah keputusan pembantu pengadil, Kamil Tumin.

Devan terpaksa ditenangkan dan ditarik penolong jurulatih, P Maniam yang enggan membenarkan pertengkaran di antara Devan dan Kamil berlarutan kerana sedar implikasi yang menanti.

Devan berang dan mendakwa pembantu pengadil berkenaan ‘menutup mata’ apabila bola terkena tangan pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan sedangkan insiden itu berlaku di dalam kotak penalti tuan rumah dan andai Selangor dihadiahkan penalti, anak buah Devan pasti melangkah ke perlawanan akhir.

Selangor menang pertemuan kedua itu 1-0 tetapi Negeri Sembilan megah melangkah ke perlawanan akhir bertemu Kedah menerusi congakan jaringan di tempat lawan. Pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, Negeri Sembilan menang 2-1.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), mengesahkan bahawa Devan berkemungkinan besar dipanggil menghadap lembaga disiplin badan induk kebangsaan itu.

Cuma masanya yang belum ditetapkan dan sementara ini, Devan sudah boleh melakar alasan yang bakal dikemukakan kepada panel Lembaga Disiplin FAM.

Setakat ini, pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengesahkan bahawa Devan belum menerima apa-apa surat daripada FAM dan mereka lebih gemar mengambil sikap tunggu dan lihat.

Andai rekod lalu menjadi rujukan serta taruhan, tidak ramai jurulatih yang boleh dianggap ‘bernasib baik’ apabila dihadapkan ke Lembaga Disiplin FAM dan kedudukan Devan ketika ini pasti menjadi tumpuan.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required