SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Amri terpaksa lupakan saingan liga

Selasa, 13 April 2010 11:25 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

SETELAH gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA, malang Selangor berterusan apabila mereka kini kehilangan pula kapten pasukan, Amri Yahyah yang terpaksa diketepikan selama sebulan.

Amri, 29, mengalami kecederaan di bahagian atas lutut kirinya setelah terkena serpihan pasu kristal yang pecah ketika menyelamatkan anaknya, Muhammad Adam Rayyan, setahun tujuh bulan, di rumahnya di Serdang pagi semalam.

"Saya baru pulang daripada sesi latihan pagi dan setibanya di rumah, saya bermain bola bersama anak saya. Tiba-tiba bola terkena pasu memaksa saya ‘terbang’ menyelamatkan anak.

"Selepas itu, saya lihat kulit paha berhampiran lutut saya terkoyak besar terkena serpihan pasu dan isteri terus bergegas membawa saya ke hospital," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) petang semalam.

Amri terpaksa menjalani pembedahan kecil beberapa jam selepas itu dan menerima 12 jahitan bagi menutup kesan koyak akibat kecederaan tersebut.

"Sedih dan kecewa jugalah kerana bakal terlepas perlawanan sepanjang bulan ini iaitu bertemu Perak Jumaat ini, Binh Duong FC Rabu depan, T-Team (24 April) dan Sriwijaya FC (28 April).

"Doktor kata saya kena rehat tiga hingga empat minggu. Harap kecederaan ini tidak teruk supaya saya dapat segera kembali membantu pasukan," ujar Amri yang ditemani isterinya, Nurul Izza Satim, 28.

Sementara itu, penolong jurulatih Selangor, Rosedy Nadzir memberitahu, nama Amri yang sudah berada dalam senarai 18 pemain untuk ke Ho Chi Minh, Vietnam Isnin depan terpaksa diganti dengan Amirulhadi Zainal.

"Amri sepatutnya sudah boleh beraksi menentang Binh Duong setelah tamat penggantungan dua perlawanan akibat kad merah ketika bertemu Sriwijaya di Palembang.

"Tapi malang pula menimpanya dan kita akan membawa Amirulhadi yang sudah tamat penggantungan satu perlawanan. Nasriq Baharom dan Khairul Anuar Baharom pula masih digantung satu dan dua perlawanan lagi," kata Rosedy.

Malang yang menimpa Amri dan skuad Selangor itu hadir ketika pengurus merangkap jurulatih, K. Devan menyambut hari lahir ke-49 semalam.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required