SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Aksi Selangor merudum

Isnin, 22 Februari 2010 12:12 Alias Abd Rani (Harian Metro)

PRESTASI sebagai pasukan elit terlalu sukar diramalkan Selangor terutamanya berdepan skuad bertaraf kelab dan situasi yang menimpa skuad Gergasi Merah ketika perlawanan pusingan kedua, kelmarin hampir memakan diri sendiri.

Ketika itulah, mula timbul persoalan apakah Selangor masih menjadi pasukan pilihan musim ini selepas juara bertahan itu nyaris tersungkur namun mereka bernasib baik dengan bekalan dua gol diperoleh pada perlawanan terdahulu.

Lantaran itu, jurulatih K Devan tidak mahu memikirkan perkara sudah berlalu walaupun pada hakikatnya, beliau sendiri mengakui gaya permainan anak buahnya merudum.

Bagaimanapun, masalah ini sudah selesai dengan kemaraan Selangor mengiringi Pos Malaysia, KL Plus, T-Team, Terengganu, UiTM FC, Kedah dan Negeri Sembilan ke suku akhir Piala FA.

Namun, satu lagi halangan untuk mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super ialah berdepan Pulau Pinang, Sabtu ini dan pertembungan ini dilihat sebagai satu peluang buat Selangor memandangkan prestasi tidak menentu dilalui skuad dari utara itu.

"Apabila kita berdepan Pulau Pinang, kita perlu mengutip kemenangan jika mahu kedudukan kita selesa. Kemenangan begitu berharga buat kami dan jika kami tewas atau seri, ia memberi kesempatan kepada pencabar memintas atau merapatkan kedudukan.

"Walaupun beraksi di tempat lawan, ia bukan halangan kepada kami untuk memungut mata kemenangan berikutnya. Saya percaya pemain dapat membuktikan sejauh mana kemampuan bagi mereka melunaskan perkara itu (kemenangan)," katanya.

Untuk itu, Selangor tidak berdepan masalah untuk menurunkan kesebelasan utama menjelang perlawanan tunggal Liga Super itu kerana hanya R Surendran mengalami kecederaan setakat ini dan dia dijangka mampu diturunkan pada perlawanan itu.

Jika Selangor menang, mereka akan menjarakkan jurang daripada dua kepada lima mata dengan pencabar terdekat, Terengganu yang menghuni tangga kedua dengan 14 mata, selepas melalui tujuh perlawanan.

"Jadi, inilah salah satu cabaran dilalui pemain tapi, saya sempat memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk mempamerkan persembahan terbaik, bagi membolehkan kami memungut mata kemenangan pertama," katanya.

Tiket perlawanan boleh dibeli di perkarangan Stadium Shah Alam, bermula hari ini, pada harga RM10 bagi dewasa dan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, RM5.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required