SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Zakaria bukan lagi pengurus

Rabu, 02 Disember 2009 08:19 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)

TIADA kejutan dalam skuad Selangor bagi mengharungi musim baru Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M).

Seperti dijangka, Liew Kit Kong, Farderin Kadir, Safiq Rahim, Bunyamin Umar, Azrine Efendy Saduddin dan penjaga gol, Iqbal Suhaimi sah menjadi anggota skuad Selangor musim depan.

Namun, apa yang mengejutkan ialah pengu- rus pasukan Selangor sejak Jun 2008, Zakaria Ab. Rahim tiada lagi dalam senarai pendafta- ran untuk musim baru dengan ketua jurulatih, K. Devan akan menggalas juga tugas selaku pengurus pasukan.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad berkata, Zakaria bakal diletakkan di bahagian pemasaran untuk menarik penaja-penaja bagi tujuan penjenamaan semula FAS.

"Ini bukan hukuman. Ia mungkin suatu andaian saja. Kita buat semua ini mengikut sistem kita. Kontrak dia akan berakhir penghujung Mei tahun depan," katanya pada sidang media di Wisma FAS di Kelana Jaya malam tadi.

Namun, tindakan tersebut pasti menimbulkan tanda tanya kerana sepanjang Zakaria menguruskan pasukan, Selangor telah muncul naib juara Piala FA dan Piala Malaysia pada 2008 dan muncul juara tiga piala, Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih musim ini.

Sementara itu, dengan kemasukan enam pemain baru, Selangor melepaskan tujuh pemain lama iaitu K. Nanthakumar, Nasril Nourdin, Sanjos Sundawat, S. Sritharan, Fazli Baharudin, Fadzirul Zakaria dan Fauzan Dzulkifli untuk beraksi dengan pasukan lain musim depan.

Tiada perubahan ketara dalam barisan kejurulatihan dengan Rosedy Nadzir dan P. Maniam kekal sebagai penolong jurulatih manakala Azmin Azram Abdul Aziz dilantik sebagai jurulatih penjaga gol yang baru menggantikan Azlisham Ibrahim.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required