SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Surendran akhiri zaman bujang

Isnin, 07 Disember 2009 08:13 Kosmo!

PEMAIN skuad Liga Super Selangor, D. Surendran akhirnya menamatkan zaman bujang setelah memilih R. Kavitha sebagai pasangan hidupnya.

Kedua-dua mempelai telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang cukup meriah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Way, Petaling Kaya kelmarin.

Surendran, 29, yang sudah 11 tahun menyarung jersi Selangor berasal dari Petaling Jaya manakala Kavitha pula berasal dari Kajang.

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad, Bendahari FAS, Sivasundram, ketua jurulatih Selangor, K. Devan serta dua pembantunya Rosedy Nadzir dan P. Maniam.

Turut hadir beberapa pemain Selangor antaranya Khairul Anuar Baharom, Rudie Ramli, R Surendren dan P. Gunalan serta tidak ketinggalan bekas jurulatih Selangor, Dollah Salleh yang kini membimbing Pahang.

Surendran yang boleh beraksi di pelbagai posisi turut pernah menyarung jersi kebangsaan dan namanya sering dikenang sebagai penjaring gol emas ketika Selangor menewaskan Sarawak 1-0 pada final Piala FA 2001.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required