SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Mudah buat Selangor

Rabu, 16 Disember 2009 10:25 Aziman Rosdi (Harian Metro)

SENYUMAN terus diukir K Devan sebaik selesai undian Piala FA 2010 semalam.

Jurulatih Selangor itu sudah boleh mencongak sekurang-kurangnya, pasukan juara bertahan itu boleh melangkah selesa sehingga ke peringkat separuh akhir berdasarkan lawan yang bakal ditemui di peringkat awal.

Namun, Devan tidak mahu cepat mendabik dada meskipun tahu di atas kertas pasukannya mempunyai kelebihan untuk melangkah lebih jauh.

"Di atas kertas memang nampak mudah, tapi lain ceritanya ketika di padang, saya tak akan ambil mudah saingan ini, apatah lagi Piala FA adalah antara piala yang kami mahu kekalkan selain Liga Super," katanya kepada pemberita selepas selesai undian itu.

Selaku juara bertahan, Selangor diberikan ‘bye’ pada pusingan pertama dan akan menanti pemenang antara dua pasukan kelab iaitu SDM Kepala Batas dan Selangor PKNS di pusingan kedua. Jika menang, skuad yang diberi jolokan Gergasi Merah itu akan berdepan pemenang antara Pahang yang akan menentang Felda United dan Pos Malaysia melawan Majlis Perbandaran Muar di peringkat suku akhir.

Kehebatan mereka bakal diuji sepenuhnya jika berjaya melangkah ke separuh akhir dengan cabaran juara Piala Malaysia musim ini Negeri Sembilan, Johor, KL Plus atau Harimau Muda bakal menanti.

Devan yang turut membawa misi Selangor menghadapi kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan menjangkakan akan berlaku beberapa kejutan dalam saingan Piala FA kali ini. Sebanyak 30 pasukan akan memburu gelaran Piala FA 2010 yang berlangsung secara timbal balik dengan pusingan pertama akan diadakan pada 2 Februari dan perlawanan akhir dijadualkan pada 10 April depan.

Bagaimanapun, ujian pertama Selangor tahun depan akan bermula apabila mereka berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 9 Januari ini menentang Negeri Sembilan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2010 yang juga perlawanan pembuka tirai liga Malaysia. Menurut Devan, pertemuan dengan pasukan yang dibimbing jurulatih Wan Jamak Wan Hassan itu bukan mudah.

Itu pastinya perlawanan yang menarik, ia perlawanan pertama musim depan, kedua-dua pasukan mesti tak mahu kalah, Negeri Sembilan selepas memenangi Piala Malaysia sudah mesti semakin yakin. Bagi saya kalau dapat meraih satu mata pun saya sudah puas hati," jelasnya.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required