SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Devan belum dapat 'Dream Team'

Khamis, 31 Disember 2009 08:39 Abdul Hafiz Ahmad (Utusan Malaysia)

Selangor menyapu bersih semua perlawanan persahabatan pramusim bola sepak Liga Malaysia sejak 12 Disember lalu tetapi ia masih bukan gambaran sebenar kekuatan pasukan idaman jurulatihnya, K. Devan.

Menewaskan KGS FC 2-0, Kedah 4-2, Pos Malaysia 2-0, Sarawak 2-0, T-Team 4-3 dan Pahang 3-1 di Stadium Shah Alam tanpa ramai tonggak skuad kebangsaan, hanya sempat menguji sebahagian pemain utama dan keserasian mereka dengan taktik pasukan Merah Kuning.

Mereka akan menghadapi Zimbabwe di Stadium Shah Alam, malam ini dan Polis di Padang SUK, Shah Alam, Sabtu ini sebelum menentang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Seremban untuk mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah sambil membuka tirai Liga Super, 9 Januari depan.

"Ujian sebenar pasukan ialah apabila menentang Zimbabwe dan saya menganggap keputusan siri persahabatan setakat ini sebagai baik," katanya ketika mengunjungi Santokh Singh di kediaman bekas bek tengah Selangor dan Malaysia itu, semalam.

Ditemui di samping pegawai kanan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang menyampaikan sumbangan sejak legenda bola sepak itu dikesan mengalami jangkitan kuman pada otak, bulan lalu, jelas Devan: "Tanpa pemain skuad negara bukan satu kesan yang besar pada kami.

"Hanya sedikit merisaukan saya ialah kemampuan mereka untuk mencapai persefahaman dengan rakan sepasukan baru selepas ini dan sejauh mana penerimaan mereka terhadap corak taktikal pasukan yang cuba diterapkan," katanya.

Gergasi Merah katanya, cuba meletakkan sasaran utama musim depan dengan merampas semula Piala Malaysia setelah terkandas pada suku akhir musim lalu menerusi penentuan penalti kepada Terengganu.

Namun tiga gelaran yang dihimpun musim lalu - Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super tetap memberikan tekanan buat anak buah Devan untuk mempertahankannya apatah lagi dengan terlibat dengan kesibukan jadual Piala AFC.

"Memandangkan kami memiliki ramai pemain berbakat dan berkualiti, memang ada cadangan FAS untuk memberikan peluang kepada bukan pemain utama sekiranya menghadapi Piala AFC dan Piala FA tetapi ia masih dikaji mengikut keadaan semasa.

"Malah saya menganggap status pemain negara belum tentu menjamin tempat mereka dalam pasukan Selangor kerana saya cuma akan menilai prestasi semasa dalam latihan dan perlawanan," katanya merujuk Amirulhadi Zainal, Amri Yahyah, Bunyamin Umar, Farderin Kadir dan ramai lagi.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required