[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MPPJ FC - Page 3 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By Rizal
#34442
Reduan ambil tempat Dollah
Oleh Ahmad Fiesal Othman


SELEPAS kehilangan jurulatih Dollah Salleh kepada ‘abang sulung’ Selangor hujung musim lalu, MPPJ Selangor kini memilih bekas pengendali mereka, Reduan Abdullah untuk menghadapi saingan bola sepak Liga Super tahun ini.


Reduan yang pernah membimbing kelab itu sebelum beralih ke Majlis Perbandaran Subang Jaya, sudah mula mengambil alih sesi latihan MPPJ baru-baru ini termasuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

Pemilihan Reduan itu juga menamatkan spekulasi pengganti Dollah yang membawa MPPJ mengecapi kegemilangan muncul kelab pertama menjulang Piala Malaysia bagi musim 2003.

Sebelum ini, beberapa nama termasuk Abdul Rahman Ibrahim (jurulatih TNB Kelantan yang kini sah bersama Perlis), Tonni Netto (Perak) dan Steve Butler (bekas jurulatih Sabah) pernah dikaitkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dollah.

Seorang pegawai pengurusan MPPJ yang enggan namanya disiarkan berkata pengumuman rasmi pelantikan Reduan sebagai jurulatih skuad itu dijangka dibuat tidak lama lagi bersama senarai penuh pemain musim ini.

Reduan dikatakan sudah hampir melengkapkan barisan idamannya untuk mengibar cabaran skuad MPPJ musim ini dengan membawa masuk beberapa pemain bagi menggantikan tonggak seperti penjaga gol Jamsari Sabian, pemain tengah Mohd Aiman Firdaus Tan dan penyerang Haris Safwan Kamal yang berhijrah ke pasukan lain.

Antara pemain yang dibawa masuk atas cadangan Reduan ialah bek Pahang Abd Ghani Malik dan jurulatih baru itu juga dikatakan sedang memburu seorang penyerang tempatan untuk digandingkan dengan penyerang import dari Argentina Fabricio Franceschi yang dikekalkan bersama rakan senegaranya yang juga tonggak tengah Bruno Martelotto.
By merah padam
#35554
info dari rtm...player baru dlm team mppj...

farid dewan (dari telekom melaka)
faizal rashid (dari selangor)
yazid yasin (dari telekom melaka)
ghani malek (dari pahang)
Khairul anhar mohd ta'am (dari pkns)
nor zaidi rahmat (dari selangor)
By rizuan5349
#35650
MPPJ ketepikan dulu Arostegui
Oleh Harris Rajahdin


PASUKAN yang baru dinaikkan ke Liga Super musim ini, MPPJ Selangor terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat penyerang prolifik dari Argentina, Juan Manuel Arostegui setidak-tidaknya untuk peringkat awal musim bola sepak Liga Super ini.



Berbaki 11 hari sebelum musim baru disingkap, kelab itu mungkin terpaksa berpuas hati dengan dua pemain import saja, Bruno Martelotto dan Fabricio Franceschi bagi cabaran awal pertandingan itu.

Biarpun masih berusaha memikat semula ayam tambatan yang menyumbang tiga gol ketika membantu MPPJ menewaskan Sabah pada final Piala Malaysia 2003, kelab itu akur hajat menyaksikan pemain itu dari awal tidak akan kesampaian.

Menurut sumber, seandainya gagal mendapatkan khidmat Arostegui yang kini beraksi dalam Liga Mexico atau pemain lain yang mirip gaya permainannya, MPPJ mungkin hanya menggunakan dua pemain import sedia ada bagi sepanjang musim ini.

“Hanya Bruno dan Fabricio disahkan akan beraksi sekali lagi bersama kami,” katanya mengenai Bruno yang dilanjutkan kontraknya bagi musim ketiga manakala Fabricio pula bagi musim kedua.

Selain itu, beliau berkata, skuad MPPJ yang akan dibimbing Reduan Abdullah juga mengalami perubahan berikutan perpindahan beberapa pemainnya.

Bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof kini sudah menyertai kelab jiran, Public Bank Selangor dan lima pemain tempatan lain iaitu Shukri Harun, Norhisham Ismail, Walter Antaha, Mohd Yusoff Ahmad dan Abdul Halim Adam pula digugurkan.
By MATSPANAR
#35682
Aku rasa diaorang terpaksa survive dalam Liga Super. Tapi...tengok player baru yang masuk tu..kira oklaaaa. Bola tu kan bulat! Yang paling penting aku percaya pada Reduan Abdullah!
By angah316
#35784
farid dewan (dari telekom melaka)
faizal rashid (dari selangor)
yazid yasin (dari telekom melaka)
ghani malek (dari pahang)
Khairul anhar mohd ta'am (dari pkns)
nor zaidi rahmat (dari selangor)


secara umumnya barisan ni pun dah kira kuat gak laa..budak lama lagi ..insyAllah boleh llaaa
By rizuan5349
#35870
angah316 wrote:
farid dewan (dari telekom melaka)
faizal rashid (dari selangor)
yazid yasin (dari telekom melaka)
ghani malek (dari pahang)
Khairul anhar mohd ta'am (dari pkns)
nor zaidi rahmat (dari selangor)


secara umumnya barisan ni pun dah kira kuat gak laa..budak lama lagi ..insyAllah boleh llaaa




eh mamat ni join mppj yek...pergh minat tul aku tengok mamt ni main...laju & control ball pun ok....kira leh lagi la mppj nak mantain
By gergasimerah
#35950
dengar cite semua frendly mppj dowang
menang..
By angah316
#35971
gergasimerah wrote:dengar cite semua frendly mppj dowang
menang..


ayam takde rbulu boleh citer laaaaa.....cuba lawan ayam belanda..emmm masuk air agaknyer..
By nurhisham
#35990
angah316 wrote:
gergasimerah wrote:dengar cite semua frendly mppj dowang
menang..


ayam takde rbulu boleh citer laaaaa.....cuba lawan ayam belanda..emmm masuk air agaknyer..


Sejak berada di bawah kendalian Reduan pertengahan November lalu, MPPJ melakar kemenangan dalam 10 perlawanan persahabatan termasuk ke atas juara Piala Malaysia, Perlis (2-1), juara Piala FA, Perak (3-0), Kuala Lumpur (3-0), Johor (2-0), Sarawak (3-1) dan terakhir, TNB Kelantan (5-2) kelmarin.
By d^_^b
#36006
SEMOGA MPPJ JADI TEAM KUAT TAHUN NI.KALAU SELANGOR TAK DAPAT MASUK FINAL PIALA MALAYSIA TAHUN NI PASUKAN MPPJLAH JADI HARAPAN.
By gergasimerah
#36009
mppj harapan.. :D mppj tu selangor ker?
nikmatnya tak sama....
By Max_07s
#36023
mppj and selangor..2 team berbeza..walaupun dibawah satu nama Selangor..tapi aku sayang lagi selangor..mppj tuh aku setakat sokong2 mcm tuh jer..kalu menang..bangga ler pasal ade kelab dlm selangor yg bagus..
By angah316
#36070
mppj .ntah ladari dulu sampai sekarang aku tak pernah rasa best atau pun nak follow team ni walaupun dah menang piala malaysia sekali pun...mungkin sebab aku seorang fans sejati selangor dan sama la jug aseperti rakan-rakan yg lain yg mmg hard core fans...
By rizuan5349
#36126
d^_^b wrote:SEMOGA MPPJ JADI TEAM KUAT TAHUN NI.KALAU SELANGOR TAK DAPAT MASUK FINAL PIALA MALAYSIA TAHUN NI PASUKAN MPPJLAH JADI HARAPAN.



MPPJ tak boleh jadi SELANGOR dan SELANGOR tetap Selangor.....
sedikit harapan pun tak aku harapkan kat MPPJ....aku tetap berharap SELANGOR yang berjaya....
By bertalan_biskut
#36155
mppj corak permain diorang dah lain dari dulu,tapi aku rasa susah sikit nak mantain dalam liga super..pasal aku tengok bruno seakan2 tak boleh nak main la,kerana dia tak leh nak gi semua posisi,dah tak free lagi dah,kalau duduk tengah kena duduk je kat situ
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 52