SELANGORFC.COM - Pendaftaran

Pihak pentadbir forum ini dan juga pengendali akan berusaha sedaya-upaya untuk memadam atau mengubah semua mesej yang melanggar peraturan secepat yang mungkin, tapi adalah mustahil untuk kami memantau setiap mesej yang dihantar. Oleh yang demikian segala mesej yang anda buat adalah tanggungjawab anda. Ianya tiada kena mengena dengan Pihak Pentadbiran forum ini atau pun Pengendali forum ini (kecuali jika mereka yang menghantarnya).

Anda juga bersetuju untuk tidak menghantar apa-apa mesej yang berkaitan politik, berbaur lucah, menghina, berbaur perkauman, menyalahi undang-undang atau lain-lain yang seumpamanya sepertimana termaktub dalam Seksyen 5 Content Code yang dikeluarkan oleh FORUM KANDUNGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (Malaysian Communications And Multimedia Content Code) yang disahkan pada 1 September 2004 (rujuk laman web MCMC di http://www.cmcf.org.my/HTML/cmcf_content_code_overview.asp. Jika anda didapati berbuat demikian, maka pendaftaran SFC anda akan digantung dan bagi sesetengah kes serius, penyedia perkhidmatan internet anda akan dimaklumkan. Semua alamat IP pengguna forum SFC ini telah dicatatkan untuk tujuan penguatkuasaan di atas di samping memastikan anda tidak menyalahgunakan forum ini. Anda juga bersetuju bahawa Pihak Pentadbir forum ini dan juga Pengendali yang diamanahkan berhak mengubah, menegur dan memadam apa jua mesej yang telah anda hantar jika ianya didapati melanggar peraturan forum ini. Anda juga bersetuju segala maklumat tentang diri anda akan disimpan didalam database kami. Segala maklumat yang kami simpan tidak akan kami siarkan atau kami jualkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Forum ini menggunakan cookies untuk menyimpan segala maklumat didalam komputer anda. Cookies ini tidak akan megganggu sebarang sistem komputer anda, ia cuma untuk memudahkan pengurusan forum sahaja. Alamat emel hanya digunakan untuk memastikan kesahihan pendaftaran dan kata laluan anda sahaja dan juga digunakan untuk menghantar kata laluan yang baru jika anda terlupa kata laluan lama anda.

Dengan mengklik jaringan di bawah anda bersetuju dengan syarat-syarat di atas.



Powered by RedYellowTree © 2008.